CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 June, 2009

~Mandi~

Aahhh...weekend yg sgt best tapi penat. minggu lepas buat family day picnic kt pantai.sampai kulit dah ala2 beyonce dah asik bjemur je. satu hal pulak nk klorok balik ni.

Minggu baru ni pulak pegi picnic kat air terjun sekayu. air dia sejuk tak henggat! rasa mcm mandi kat eskimo plak.dah la hujan tapi itu tak mungkin mematahkan semangat kitorg yg tgh eksaited masa tu.tapi hujan tak lama mencemburui kami,dalam setengah jam hujan pun berhenti.

Sebelum mandi makan dulu lepas tu mandi lepas tu makan lagi dan lagi.huh,mana la tak berat. tgh syok2 mandi manda dan ber snap2 gmbar tetiba ada org jerit suh kuar dari air. masa tu ramai jugak la org yg tgh mandi.maklumlah hari cuti kan. kitorg tkejut juga apa hal nk suh kuar dari air potong stim je.

Abg kat sebelah tmpt kitorg mandi tu tgh syok2 syampu rambut. dia kata ada air deras tgh menuju kat kitorg.air tu punca dari atas bukit tmpt kitorg mandi tu. di sebab kan hujan air tu betakung kat puncak bukit bila dh penuh dia tumpah. so kitorg pun lari la selamatkan diri dari di hanyutkan air deras tu. masing2 muka dh cuak dah. haha

alhamdulillah semua selamat. air tu mmg deras gile.dalam pulak tu.batu besar tmpt aku btenggek td tu pun tenggelam. ish.. takut!
Gambar ada,tapi nanti la letak kalo rajin.


Sampai nanti..

21 June, 2009

Jelingan Ayah!

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.


Berita di petik dari email kakak ku.. :D

16 June, 2009

cium,bercium,ciuman.. isk..isk.isk..

Ini adalah fakta-fakta tentang ciuman : -

1. Pemegang rekod bercium paling lama dalam Guinness Book of World Records adalah pasangan dari New Jersey, Amerika Syarikat. Mereka bercium nonstop selama 30jam,
5minit dan 27saat pada 5 December 2001,dan disiarkan di tv pada hari Valentine.

2. Ciuman penuh gairah boleh membakar sekitar 6,4 kalori per minit. Ok juga kan kalo malas joging... :p

3. Kebanyakan suku kaum di Afrika menganggap ciuman bibir dengan bibir sebagai kegiatan yang menjijikan.Mungkin anggapan itu ada benarnya, kerana selama bercium dua orang itu saling bertukar koleksi kuman. Menurut penelitian, dalam satu kali ciuman tak kurang dari 278 koloni bakteria saling ditukarkan. Oleh itu, sangat disyorkan menberus gigi atau berkumur dengan antiseptik khusus untuk mulut sebelum bercium.

4. Menurut kajian,para wanita di Amerika Syarikat rata-rata pernah mencium 79 lelaki sebelum mereka menikah.

5. Ciuman terseksi di film, menurut hasil poll Gallup di Amerika Syarikat,adalah yang dilakukan Vivien Leigh dan Clark Gable dalam film Gone With The Wind.( lepas ni blh la search filem tu kalo nk tgk.. :D )

6. Ciuman di depan altar setelah pemberkatan kawin sebenarnya dimulai sejak zaman Romawi sebagai simbol menyatunya jiwa sang suami dengan isteri. Ciuman tersebut merupakan simbol pertukaran “nafas kehidupan”.

7. Istilah French Kiss mula digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 1923 dan sebenarnya merupakan “ejekan” bagi orang-orang Perancis yang pada masa itu dianggap sangat berlebihan dalam soal seks.Ketika kamu berada di Perancis or kamu kebetulan berada di sana, jangan sesekali menyebut istilah french kiss. ( nape ntah )

8. Pada beberapa suku kaum tertentu,seperti di Eskimo,yang dikenali adalah dengan ciuman dengan cara menggosokkan hidung dengan hidung.

9. Menurut kajian,90% manusia di muka bumi pernah melakukan ciuman bibir dengan bibir.

10. Bekas lipstik dari bibir Mick Jagger, vokalis kumpulan muzik the Rolling Stones laku terjual bernilai 1.600 dolar Amerika.

14 June, 2009

>hari kawin,berhenti kerja dan father's day <

2 hari lepas aku sibuk jadi pembantu di majlis persandingan kakak aku pny adik ipar.dia dh nikah awal tahun cuma skg baru nk snding. so agak2 cm dah basi skit la. tp lantak la bukan aku yg kena kuar duit pun.dari keje2 dapo,potong2 bawang, basuh pinggan last sekali jadi juru gmbar yg lgsung tak bertauliah.aku cuma reti zoom dan snap.tapi dah pengantin nk suruh aku amik juga aku on je la.kalo tak lawa jgn ngade2 nk komplen.

hari ni aku dh start keje balik. cuma yg xbest ofismate aku merangkap geng sembang aku dah behenti keje.teramat la bosannya. dh xde geng nak ngumpat bos,dh xde sape nk aku suruh beli lunch utk aku,dh xboleh nk suruh donlod movie.hehe bukan aku tak ada ofismate yg lain cuma dia agak 'baik' sikit la dlm erti kata lain lebih berdedikasi dari aku..:D aku ok je dgn dia cuma tak berapa 'in' la.. ( am kalo ko tgh bc ni jgn nk sengih2 eh.. hehe )

pernah x bila geng kita bhenti keje kita pn rasa nk bhenti? aku pernah. ya sekarang. aku betul2 rasa nk bhenti.bukan di sebab kan xde geng je,tu mmg la salah satu faktor.cuma aku mmg dh fikir ni agak lama.sbb aku mmg xsuka bkerja dgn org( kuli ). aku lebih suka bkerja sndiri ( bisnes ) sbb masa aku lebih fleksible. aku nk bgn lewat pun xde hal nk kejar masa nk msk ofis. xde bos nk bebel bila dateline utk submit document dh dekat. aku lah bos aku juga kuli.

tapi..setelah sekian lama ni jgk aku blm ada idea bisnes ape yg aku nk buat. dh byk cdgn tapi aku cm xbkenan sgt. cuma buat masa ni aku tfikir nk buat online butik.tapi tgh cari source brg2 ni.ade cdgn lain? kalo boleh aku xnk yg modal besar sgt.

Eh,hari ni ke father's day? pening la selalu tuka2 tarikh.mcm la nk kena tgk anak bulan baru dpt tarikh tetap.ntah pape..

ok la..

Sampai nanti..

08 June, 2009

' BENCINTA' dgn bl0g..

Dear blog..
maaf kerana sudah agak lama tidak datang menjenguk mu.
bukan kerana aku sengaja menghindar,
jauh sekali untuk melupakan mu..
tapi aku buntu..
dgn segala urusan yang tidak pernah ada kesudahan,
juga otak kosong yang ku bawa ke mana-mana.

Dear blog..
dan semakin hari..
aku rasa...
b0san.

jap bos aku panggil.

Sampai nanti..

01 June, 2009

soalan bocor SPM tahun ini..

ini adalah antara soalan adik bongsu aku yg aku malas nk jwp : -

1. Emeir : Pahala tu Tuhan letak kat mana?
Aku : Erk..

2. Emeir : Siapa yg cipta perkataan kaki? perdana menteri ke?
Aku : Erk...

3. Emeir : Nanti kalo kak baby dah kawin dgn abg is kita jadi sepupu la?
Aku : Hmm..

4. Emeir : Tuhan tu tinggal kat langit ke?
Aku : Erk..

5. Emeir : kenapa tok wan tak mati lagi? kan dia dah tua..
Aku : Hmm..