CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 June, 2009

Jelingan Ayah!

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.


Berita di petik dari email kakak ku.. :D

9 comments:

Suraya. said...

kah kah kah
lawak ah
rotfl*

susudalambotol said...

hehehe. ayah saya jarang marah. tp sekali dia marah, ngeri.

iyan said...

kahkahkah....
sampai tahap nak masukkan kain pelikat pak imam kat celah punggung...

~vee~ said...

suraya : tau xpe..hihi

hidd : abah saya pun begitu juga.. :)

iyan : tu la takut punya pasal. last2 kena tibai juga..hihi :))

hanis nadira nazri said...

vivi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahahaha,,,hahahahha.....
hahahhaahaha.....

p/s: ko bayangkan klu kita ramai2 dgr citer ni...hahahahahahah...
hahaha....

Zulfadli Zainal said...

haha.
yg ni sumpah kelakar.

~vee~ said...

hanis : hihihi jgn ada yg tkencing dlm kebaya merah sudah.. :))

melon : hehe xboleh blah kan? :P

x o x o's said...

hehehehahahha..boleh plak gitu..hhehehehahahahah

~vee~ said...

xoxo : hihi noty kan? :p