CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 August, 2009

Surat untuk b0s.

ANGELINA JOLI BT BERAT PIT
NO 585,LORONG HAJI TAIB,
TAMAN GEMBIRA,
56000 LIVERPOOL.

HAJI BAKHIL BIN HJ KEDEKUT,
TINGKAT 197,
HIGHLAND TOWER.
JALAN LURUS,
56000 LIVERPOOL.

18 OGOS 2008

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap datang lambat ke pejabat kerana susah nak bangun pagi.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu Meet Haji Hussin tidak masuk dalam carta ERA.

4. Kerja kol orang je. cuba la suruh dia guna internet boleh gak chatting. kata dunia dah canggih!

6. Kereta abah tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja cmni, lebih baik tak payah masuk U. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter. Pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Pejabat tak ada punch card. tak boleh nak disiplinkan diri.

11. Pintu keluar masuk 1 shj. Pekerja ramai… . Masuk lmbt marah!!!

12. Boss kadang2 ok, kadang2 tension sampai tak ingat yang kami ni ORANG gak.

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak rak gaji takat cukup utk beli dvd pirate je. Jangan salahkan kita sbb tak beli yg original.

14. Tak ada bonus tahunan.Cuma dapat duit raya yg brp sen sgt.

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja di syarikat tuan. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM990. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG !!

SEKIAN, TERIMA KASIH..


Sampai Nanti..

13 August, 2009

hutang darah!

Amir tampak kebingungan, sambil memecut laju BMW 7 series nya dia pun tiba diperkarangan rumahnya. Rumahtangganya sedang bergolak. Isterinya mahu meninggalkanya melupakan mahligai indah yg mereka bina sekian lamanya.

Amir : Safirah...ko nak kemana ni? Jgn ko nak derhaka dgn suami
Tempik si amir

Safirah : Saya nak meninggalkan abg! Tak tahan saya dgn perangai abg yg terlalu Materialistik! !

Amir : Abih Beg-Beg tu...Yg ko pakai tu...Crocodile, Samsonite tu semua aku beli hasil titik peluh aku tau....!!

Safirah : Tapi....

Amir : Tak da tapi-tapi... .Kau nak tinggalkan aku... jgn bawak beg beg kepunyaan aku ini.. Pegilah ko selai spinggang!!

Safirah : Abg ni Kejam....Tak mengenang budi..

Amir mencelah...
Amir : Oh tak mengenang budi...!!! Hoi Safirah, cuba ko ingat balik masa ko eksiden dulu....ni hah darah yg mengalir kat dalam tubuh aku ni hah yg jadik.. .... penyelamat dikala nyawa kau tenat...Skarang kau nak tuduh aku tak mengenang budi!!

Safirah : Abih nak saya bayar balik hutang darah abg lah ni...??

Amir : Kalau itu hakikatnya!! ....... Kau tak payah nak tunjuk keras... ko tak da apa... harta, bende... nak bayar balik semua yg aku berikan pada kau selama ini...

Air mata Safirah mengalir laju... membasahi pipinye yg berjerawat itu!!
Safirah tak berfikir panjang setelah didera secara batiniah. Dia pun mula membuka segala pakain yg sedang dipakainya.. .

Safirah : Baik !!!!! Saya akan keluar dari rumah ni tanpa seurat benang...
(Sambil membuka Baju Kurungnya)..
Nah amik balik Baju Kurung Den Wahab yg awak belikan Raya dulu!!!! (sambil mencampak ke arah Amir)

Amir tersentak !!! Safirah cuma tinggal bercoli dan sluar dalam saja. Jiran tetangga mula mengambil perhatian..

Safirah :Nah !! Ambik Ni !!!!!!! (sambil Mengambil sesuatu dari dalam seluar dalamnya)
Si Safirah mencampakkan Tuala Wanitanya yg dipenuhi darah itu!! kpd Amir...

Amir : Eii..iiii..Apa ni?
Belum Sempat amir mengahabiskan ayatnya....

Safirah : TU!!! BAYAR BALIK HUTANG DARAH AWAK, SAYA BAYAR SECARA
INSTALLMENT !!

SERIUS NAMPAK :)


Sampai Nanti.... ;)

- maaf -

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba'.

21 July, 2009

R.I.P

buat masa ni aku tak de mood lagi nk update. mood cm xbest2 je lately ni.
tgu la nanti kalo dah rajin.

i love u blog.

sampai nanti..

09 July, 2009

Tuhan Punya Kuasa!

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan


Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba


Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)


Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan Big Mac..(yummyyyy)


Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.


Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.


Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.



Sampai nanti...

05 July, 2009

Ron Weasley..

Saya mahu tonton Harry Potter!
Tolong la jgn habis tiket.
Tolong la jgn seat paling depan yg tinggal.
Tolong la...

Sampai nanti..

02 July, 2009

Kalau Pun Susah

Kalau aku byk duit...

aku nk belikan banglo besar utk family aku.
aku nk g haji satu family.
aku nk hantar adik2 aku blaja kt U atau sekolah plg best.
aku nak sedekah kat Bersamamu..
aku nk kawin grand mcm Mawi.
aku nk bli kondo yg btentangan ngn KLCC.
aku akan pastikan bilik aku penuh dgn perfume2 best.
aku nk bli sume gajet yg aku idam2 kan.
aku nk pegi kuruskan badan kat slim world.
aku nak melancong serata dunia.
aku nak langgan SPA & SALON utk seumur hidup.
aku nk buka kedai mekdi depan umah banglo aku.
aku nak g hollywood jmp johnny depp ngn jensen ackles.
aku nak buat film production ngn studio sendiri.

0k dah start berangan.
Tu kalau aku ada duit la.
Zaman sekarang ni KALAU pun susah.

Sampai nanti..