CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 July, 2009

R.I.P

buat masa ni aku tak de mood lagi nk update. mood cm xbest2 je lately ni.
tgu la nanti kalo dah rajin.

i love u blog.

sampai nanti..

09 July, 2009

Tuhan Punya Kuasa!

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan


Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba


Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)


Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan Big Mac..(yummyyyy)


Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.


Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.


Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.



Sampai nanti...

05 July, 2009

Ron Weasley..

Saya mahu tonton Harry Potter!
Tolong la jgn habis tiket.
Tolong la jgn seat paling depan yg tinggal.
Tolong la...

Sampai nanti..

02 July, 2009

Kalau Pun Susah

Kalau aku byk duit...

aku nk belikan banglo besar utk family aku.
aku nk g haji satu family.
aku nk hantar adik2 aku blaja kt U atau sekolah plg best.
aku nak sedekah kat Bersamamu..
aku nk kawin grand mcm Mawi.
aku nk bli kondo yg btentangan ngn KLCC.
aku akan pastikan bilik aku penuh dgn perfume2 best.
aku nk bli sume gajet yg aku idam2 kan.
aku nk pegi kuruskan badan kat slim world.
aku nak melancong serata dunia.
aku nak langgan SPA & SALON utk seumur hidup.
aku nk buka kedai mekdi depan umah banglo aku.
aku nak g hollywood jmp johnny depp ngn jensen ackles.
aku nak buat film production ngn studio sendiri.

0k dah start berangan.
Tu kalau aku ada duit la.
Zaman sekarang ni KALAU pun susah.

Sampai nanti..